Tips Gorjes!!


Disini saya ada sertakan beberapa tips diet untuk membantu mempercepatkan proses untuk menurunkan berat badan disamping makan produk slimming Dali.

Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.

Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.

Tanamkan tekad. Anda tidak mahu ‘membesarkan’ saiz makanan. 

Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.

 Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.

Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?

 ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

 Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

Gunakan pinggan salad.(kecil)

Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

 Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

 Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

 Simpan jurnal makanan.

 “Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang”

 Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

 Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

 Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau manis.

 Bawa bekal makanan sendiri.

 Duduk tertib semasa makan.

 Campurkan jus dengan air.

 Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

 Makan masakan sendiri di rumah.

 Hadkan pengambilan yutrien.
ß-non muslim 


Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?

 Ambil jus tomato semasa minum petang.

 jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

 Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.

 Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.

 keledek juga adalah sayur.

 Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.

 Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.

 Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.

 Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!


Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?

 Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)

 Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)

 Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)

 Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.

 Tidak memperdulikan ‘saiz sajian’ di panel fakta nutrisi.

 Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.

 Mengaggap ‘energy bar’ dan ‘fruit smoothie’ rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?

 ‘Smoothie’ yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.

 Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.

 Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.

 Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.

 Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.

 Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)

 Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.

 Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.

 Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.

 Panaskan 1 tin sup.

 Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.

 Sandwich sayuran.

 Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?

 Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.

 Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)

 Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

 Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.

 Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)

 Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.

 Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?

 Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

 Makan di atas meja makan dengan tertib.

 Nikmati the perasa raspberi sejuk tanpa gula.

 Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.

 Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi utrie makanan.

 Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk “Tutup selepas makan malam”

Berus gigi selepas makan.

Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.

Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.

Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?

Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.

 Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.

 Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.

Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.

 Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.

 Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat utrient di dalamnya.

Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.

Apakah tip senaman yang boleh membantu?

 Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.

 Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.

 Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.

 Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.

 Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diet Mengikut Jenis Darah Anda!!!

Diet mengikut jenis darah A
 Disarankan untuk mengamalkan jenis diet vegetarian
Perlu lebih – Banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Anda juga digalakkan untuk mengambil produk tenusu yang telah diproses seperti keju rendah lemak dan yogurt. Ambil kekacang, bijirin,dan kacang soya. Ikan dan ayam boleh diambil tapi dalam kuantiti yang terkawal.
Perlu kurangkan – hindarkan pengambilan makanan laut berwarna putih seperti ikan siakap dan sotong. Pengambilan daging merah, kentang, pisang dan roti harus dikurangkan.
Menu Cadangan
Sarapan : Air putih + jus limau nipis. Makan bersama secawan oat yang dimasak
Snek : secawan kopi (sikit gula) atau jus anggur
Makan tengah hari : salad dan sekeping roti gandum. Minum bersama teh herba.
Snek : teh hijau bersama sepotong kuih ( berasaskan tepung beras)
Makan malam : pasta atau nasi bersama ikan (kukus,sup atau bakar), brokoli, yogurt dan teh herba.
Boleh cuba – salad pasta..(boleh buat sendiri,tanpa byk bahan perasa)

Diet mengikut jenis darah B
 Disarankan untuk makan makanan berasaskan susu dan tinggi karbohidrat
Perlu lebih – Banyakkan produk tenusu dan daging. Makanlah banyak ikan laut.anda juga boleh mengambil telur, buah-buahan dan beras perang.tiada masalah untuk menikmati beras putih
Perlu kurangkan – Elakkan makanan laut seperti udang,ketam dan kerang. Hindari ayam, telur itik dan telur puyuh. Beras pulut, jagung, lobak tomato dan jagung juga tidak elok untuk anda( tetapi masih boleh dimakan secara terkawal)
Menu Cadangan
Sarapan : Bijirin dan buah pisangberserta segelas susu rendah lemak
Snek : jus anggur
Makan tengah hari : sepotong isi ikan bersama dua keping roti dan secawan teh herba
Snek : jus limau atau yogurt
Makan malam : sepotong ikan bakar, sayur rebus, sedikit nasi, buah-buahan potong dan teh herba.
Boleh cuba – teh herba

Diet mengikut jenis darah AB
 Diet ini adalah gabungan untuk golongan darah jenis A dan B
Perlu lebih – makanlah makanan laut. Telur ayam, minyak zaitun, kacang soya dan buah-buahan juga digalakkan buat anda.
Perlu kurangkan – hadkan pengambilan daging lembu, udang, susu, daging yang di proses. Kurangkan makanan berasaskan kekacang. Elakkan pengambilan gandum (roti,kek,kuih-muih dan pasta)
Menu Cadangan
Sarapan : air limau nipis atau jus anggur bersama dua keping roti bersama keju
Snek : yogurt
Makan tengah hari : dada ayam yang dihiris bersama salad, dua biji plum dan secawan teh herba
Snek : secawan teh herba bersama sepotong kek keju (elakkan yang dibakar, jika boleh)
Makan malam : makan buah-buahan bersama segelas susu
Boleh cuba – roti keju itali. Boleh didapati d kedai-kedai roti.(ia digalakkan sesekali)

Diet mengikut jenis darah O
 Disarankan untuk mengambil makanan berprotien tinggi dan rendah karbohidrat
Perlu lebih – disarankan untuk makan banyak sayuran. Telur dan kacang tidak menjadi masalah tetapi hindari produk tenusu dan gandum.
Perlu kurangkan – kurangkan pengambilan bijirin, pasta, dan semestinya nasi. Hindari brokoli, sawi, taugeh dan kentang. Elakkan pengambilan jeruk kerana ia boleh menyebabkan keracunan usus.
Menu Cadangan
Sarapan : dua keeping roti bakar disapu nipis mentega dan sebiji pisang
Snek : teh herba
Makan tengah hari : sepotong daging panggang bersama salad bayam dan sebiji epal (lebih baik epal hijau)
Snek : sepotong kuih
Makan malam : sepotong daging/ikan dan asparagus rebus. Sesekali boleh digantikan dengan kentang. Sedikit buah dan teh herba.
Boleh cuba – boleh makan roti bun berinti mentega,tapi jgn slalu kerana ia kaya gula.

~~~~Yg penting adalah disiplin dan kesungguhan kita untuk berubah…selamat mencuba dan semoga Berjaya!!!!!!!!!





 Ctay Qayyum

No comments:

Post a Comment